Boy Shoots!...

Boy menembak orang?... or Boy tembak ngan mulut laser?... or Boy shooting?... or Boy nak score?... or Boy pancut?

Name:
Location: PJ, Selangor, Malaysia

if u got d money, i've got ways to invest it & make more money! besides that... i'm just a concept creator, part-time actor, TV/movie director & screenwriter. as a hobby & community service, i used to own, manage & coach my own football team, generally for underaged boys.


"With great power, comes great responsibility. Its my curse, its my gift."

"No matter what I do, no matter how hard I try: The ones I love, will always be the ones who pay."

"Human beings are created to stand many things, but being lonely certainly isn't one of them."



Ah Long Bukit Beruntung


View more video clips at Yashi


Thursday, July 15, 2004

How Would U Like To Go?

Rumah kitorg slalu dpt crank calls pagi2 buta. Baru 2-3 hari lepas ada call tgh malam lagi... angkat je terputus. Dulu masa aku xde h/p ader gak saspek tu calls utk aku, sbb saper lg yg berjaga kat umah aku pepagi buta? so, all incoming calls at that hour, org mesti assume aku nyer call. but since having my h/p with me, early morning callers masih ada. so aku rasa mmg sah crank call.

So gitu la jugak pagi semalam. Aku baru ingat nak titon, dlm kol 4.45am gitu. Tetiber ader call. Pompuan, loghat Penang! Terus saspen. Maklumlah aku ramai sedara kat saner yg dah lanjut umo... Wife Dr Halim yg call. Berita yg menyedihkan... datuk saudara aku meninggal dunia. Adik kpd arwah datuk (sebelah mak) aku. Org tua yg baik hati, peramah, humble, soft-spoken... atuk yg aku kenali sbg TokJan. Org yg Malaysia kenali sbg Yg Bhg Tan Sri Dato' Seri (Dr) Azizan Zainul Abidin.



Aku teringat balik zaman kanak2 aku... masa TokJan terima Tan Sri. Aku yg masih awal belasan, pernah kata pada arwah: "Che'Dhil (nama timangan aku) dah tak boleh panggil TokJan la macam ni... kena panggil TanJan!" Gelak kecil arwah masih sama dari saat itu sampailah ke kali terakhir aku beraya di rumahnya. Setiap tahun, Hari Raya pertama arwah ke rumah nenek/kami utk menziarahi nenek aku. Situlah jugak rumah aku membesar. Dan pada hari yg berikutnya, family kami akan ke rumah arwah. Dari dulu duit raya mesti RM5, sampai lah kali terakhir aku dapat masa aku 16thn kot! Setiap tahun, Hari Raya ke-2, rumah TokJan lah destinasi family kami. Aku nyer fevret - udang Tempura (goreng tepung). Raya yg lepas aku x pergi. Timbul kesal pulak sikit...

So, pagi tadi... TokNoni (wife arwah) dikejutkan oleh arwah dlm pukul 4.20am. Arwah dikatakan sesak nafas sedikit. Bangun utk minum air. Tapi arwah dikatakan mcm dah tau it's time. Setelah berpesan pada TokNoni & mengucap beberapa kali, arwah menghembuskan nafas terakhir dlm pukul 4.30am. Setelah menelefon anak2nya & Dr Halim, family kami dihubungi dlm pukul 4.45am. Jenazah akan dibawa dari Putrajaya ke rumah arwah kat Bukit Segambut pagi nanti. Dlm pukul 7 aku dah sms & msg semua sepupu2 yg dekat.

Bukit Segambut... VVVIP berduyun2 pergi. Tun DrM yg merupakan bestfrend arwah, & SitiHasmah antara yg menangis real2. Paklah, Najib, semua menteri2 kabinet, org2 kenamaan politik & koperat, kerabat... semua dgn Rolls-Royce, Bentley, Mercedes S/E/C class masing2. Dgn escort masing2. Kalo ko prnah pergi rumah arwah ko taulah betapa sempitnya jalan kat situ, & limo2 menjalar tambah sempitkan keadaan.

Lepas mandikan jenazah, disolatkan. Lepas tu dibawa ke Putrajaya. Solat kat masjid sana lagi sekali. & kebumi kat Precinct20 Putrajaya, lepas Zohor. Apa yg menarik, kat TV x ada tunjuk pun kerabat Royalty yg menziarah. Cuma DrM yg sedih x terkata & PakLah. Neway...

Belah malam. Sorang sepupu aku, E1, dah bergegas ke sana direct dr opis. Dgn t-shirt Merah nya, dgn RX-Z nya, dgn beg dispatchnya... aku ajak dia pergi tahlil. Sebab dr Sri Hartamas (ofis dia) dah kira agak dekat ke Segambut, so dia nak pi terus. Aku kata kul 6.45 nak kuar rumah... tp dia kol 7 dah sampai. Tercegat tunggu kitorg sampai. Neway, E1 bgtau aku 1 perkara yg aku gak terasa kejanggalannya.

Normally rumah kematian nanti ada org/jemaah masjid/ahli keluarga baca Qur'an non-stop, gilir2. Not here! Sayang... no further comment. Masa aku sampai pun gitu jugak. Rumah sugul tapi sunyi. Takde suara baca Yaa-Siin/Qur'an. Aku disambut anak2 lelaki arwah. Aku dibawa bertemu TokNoni tapi aku x pi dekat2, tegur dr jauh saja. Aku tunduk hormat & angkat tangan saja. Segan aku, Siti Hasmah ada sebelah TokNoni.

Aku masuk & nampak Tun DrM dok tersandar. Lagi 1 yg aku dpt tau, DrM pun dah tak boleh bersila lama. Blakang kondem, lutut kondem... neway, aku x tegur/salam pun. Aku nampak Shahidan Kassim & Ali Rustam. Masa solat Isya', belah kiri aku MB Melaka, belah kanan MB Perlis! Gempaq siot! Aku jumpa beberapa pakcik aku, anak2 sdara arwah. Semua bigshots! Radzi (S/u UMNO) sampai lewat sket. Hasan Merican pun sampai lewat. Aku tgk keliling kot2 ada member2 staff Petronas/MAS/Putrajaya. Sekoq pon tak nampak batang! Mungkin semua setakat siang je...

Neway, lepas solat Isya' bertahlil lah kita dlm kol 9.30. Lambat tunggu Imam masjid Segambut. Imam masuk terus cium tgn DrM. Hmmm... no comment! Lepas tunggu lain2 jemaah mesjid sampai (dorang masuk x prasan pun DrM, ada yg sampai membelakangi DrM!), akhirnya baca Yaa-Siin & bertahlil. Kol 10 baru abih, barulah aku salam ngan Shahidan. Tangan lembut lak Sifu TKD tu! Lepas tu baru aku pi salam DrM. Gian je mulut aku nak tanya: "Bila nak ampunkan Anwar?"... tapi tak tertanya pulak.

So kitorg pun pi lah berduyun ke meja buffet. Makanan catering utk 500 org, yg dtg dlm 200 je kut! Adatlah tu... dah kebumi. Saper sgt lah yg peduli? Masa atas bumi je org perkisahkan... Aku tetap sedih gak. Bukan sedih aku dah tak ada TokJan aku... tapi sedih dgn sikap manusia. Yg lebih tambah sedih, TokJan baru 68thn. DrM yg dah 79thn tu steady je lagi! Tulah org kata... only the good die young.

& that brings me to the title bagi posting ni. Macam mana korang nak hembuskan nafas terakhir? Org kata d best way to go is... dalam tidur. Tak sakit, tak siksa, dalam tenang & aman. Tapi aku x setuju. Bg aku kalo camtu, nanti roh aku raser mcm frust & ralat kot. Yelah... masa nak tidur sempat bersama/berinteraksi dgn org tersayang. Tapi bayangkan kesedihan org tersayang bila kita x bangun2 dah!... So, bg aku mcm arwah pergi lagi perfect. Sempat terjaga & interaksi dgn wife utk kali terakhir. To quote anak sulung arwah: "Sempat mengucap. That's the most important." Walaupun bagi aku paling ideal kalau semua family ada sekeliling... but since arwah bukan sakit pun, so?

Aku yakin 1 perkara saja. Kalo ko tgk rumah arwah yg bkn macam Mahligai/Yayasan/Wisma/Istana Perdana, kereta2 arwah, carahidup, sikap & sifat... semua menunjukkan seorang yg amat rendah diri & tak bongkak. Dgn wajah arwah yg sentiasa tersenyum... amat sesuai sekali arwah pulang ke Rahmatullah dgn senyuman terukir di wajah arwah. Bak kata sorang lagi arwah Tan Sri yg disanjung & dihormati rakyat Msia - P.Ramlee - di penghujung filem "Ali Baba Bujang Lapok":

"Ana mati dalam iman daaa..."

...that's how i wanna go!

Al-Fatihah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home