Boy Shoots!...

Boy menembak orang?... or Boy tembak ngan mulut laser?... or Boy shooting?... or Boy nak score?... or Boy pancut?

Name:
Location: PJ, Selangor, Malaysia

if u got d money, i've got ways to invest it & make more money! besides that... i'm just a concept creator, part-time actor, TV/movie director & screenwriter. as a hobby & community service, i used to own, manage & coach my own football team, generally for underaged boys.


"With great power, comes great responsibility. Its my curse, its my gift."

"No matter what I do, no matter how hard I try: The ones I love, will always be the ones who pay."

"Human beings are created to stand many things, but being lonely certainly isn't one of them."



Ah Long Bukit Beruntung


View more video clips at Yashi


Tuesday, September 14, 2004

Khairy vs Najib?...

KHAIRY JAMALUDDIN, menantu PakLah dah memanaskan pungkoq beberapa orang. Dan yg paling panas sekali, tak lain tak bukan ialah TPM Najib Tun Razak.

Petanda awl... bila pembantu Najib meluru masuk ke pejabatnya pd 2 September 2004 utk beritahu yg mahkamah persekutuan membebaskan Anwar, dia tersembur, “No way!”. Dia menunggu hingga berita tengahari RTM pukul 12tgh untuk mendapat kepastian yg berita tu bukan sekadar "berita exklusif utk org2 atasan" saja. Masa tu dia hampir dapat sakit jantung.

Bagaimanapun, balik ke isu hari ini. Menurut mereka yg dekat dgn Najib, Khairy dikatakan menguasai media. Lebih kurang seperti di zaman sebelum kejatuhan Anwar & kroni2nya, Khairy juga kini dah meletakkan kroni2nya di merata pelusuk penting agensi media. Kata2 org Najib itu lagi, Khairy berkuasa utk memberitahu media apa yg boleh & tak boleh mereka lakukan.

Jadi, kenapakah Khairy membiarkan media laporan meluas isu Anwar Ibrahim?
Anwarlah berita hangat masakini (malahan akhbar2 utama menghantar pemberita & jurugambar utk mengikuti rombongan Anwar), sehinggakan laporan Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini pun hanya sekadar diselitkan di muka dalam, itupun hanya bila ada "isu hangat" (laporan tindakan disiplin & lain2 yg tiada kaitan terus dgn Anwar). Pada hari2 tertentu, perhimpunan Umno langsung tidak disebut!

Ini menambah lagi kemarahan Najib terhadap Khairy. Pada hari Rabu, Kabinet memutuskan yg isu Anwar mestilah diperkecilkan. Dianggarkan 8,000 hingga 10,000 penyokongnya menghantar Anwar terbang di KLIA Sabtu lepas sewaktu dia ke Jerman untuk rawatan kesihatan. Anwar dijangka pulang pertengahan Oktober selepas melakukan melawat Saudi Arabia untuk melakukan Umrah. Kerajaan bimbang kemungkinan yg jumlah menyambut kepulangan Anwar ke Malaysia akan menjadi dua kali ganda lebih ramai.

Bukan sekadar risau jumlah sebesar itu boleh menjadi luar kawalan atau operasi KLIA mungkin terhenti utk beberapa ketika. Apa yg lebih dirisaukan adalah kepulangan Anwar sebagai wira, spt Caesar pulang ke Rome selepas menakluki dunia.

Dan tidak dapat disangkal, dalam bentuk tersendiri, memang pun benar Anwar sedang menakluki dunia. Walaupun tidak disebut oleh media tempatan, doktor2 Anwar agak gusar kerana dia tidak mendapat rehat yang secukupnya. Memang benar sejak dia pulang ke Damansara & rumah ayahnya di Kajang sehinggalah ke Munich di mana dia berada kini di waktu artikel ini ditulis, pelawat tidak putus2 berkunjung dan beratur di luar pintunya, menanti giliran untuk bertemu & memberi hormat kepada seorang insan yg kini disanjung setaraf & senasib dengan Nelson Mandela & Yasser Arafat. Org Anwar tidak perlu bekerja keras utk memastikan hal ini, malahan sebaliknya mereka semua tidak bersedia atau menyangka yg Anwar akan dibebaskan. Tiada siapa di kem Anwar yg tahu apakah langkah setrusnya bila Anwar pulang ke tanahair. Masing2 sedang berhempas-pulas menstrategikan agenda seterusnya dan bagaimana untuk menangani keadaan yg bakal timbul. Anwar adalah magnet semulajadi yg berdaya utk menarik orang tanpa perlu berbuat apa2.

Maka berita tentang Anwar, mestilah dibunuh sebelum ia menjadi liar & di luar kawalan, itupun sekiranya ia belum terlambat. Dan apakah yg sedang Khairy lakukan untuk menangani masalah ini, itulah persoalan yg ditujukan oleh pengkritik2 menantu PakLah ini. Hakikatnya, Khairy hanya memburukkan lagi keadaan dgn melawat Anwar pada malam dia dibebaskan!

Najib berkeras mahukan penjelasan yg telus & sewajarnya. Benarkah Khairy melawat Anwar atas arahan PakLah sendiri, sptmana yg didesas-desuskan oleh banyak pihak? Jika benar, MENGAPA? PakLah sendiri telah mengaku yg dia menghantar menantunya "menziarahi Anwar utk membantu dia memperbaharui paspot". Tapi Najib tidak sebodoh rakyat Malaysia umum yg menerima bulat2 alasan tersebut! Jika benar itu tujuan lawatan Khairy, bukankah PakLah dgn mudah boleh menelefon Ketua Pengarah KDN yg memayungi Jbtn Imigresen? Satu panggilan telefon cukup memadai untuk memperbaharui paspot Anwar! Khairy tidak perlu melawat Anwar & menanggung risiko pendedahan kepada dunia tentang lawatannya. Lagi pun, apa kaitan Khairy dgn Jbtn Imigresen maupun KDN???

Najib dapat mencium bau sesuatu yg tidak kena, & jelas yg Najib tidak senang dgn bau tersebut! Oleh sebab itulah dia mengetuai satu pemberontakan dgn menggusarkan ketua2 Umno negeri. Najib telah menyedari kemungkinan yg dirinya akan diketepikan dan dia tidak mahu menyerah kalah semudah itu! Dia sedar dia bukanlah pilihan PakLah yg sebenar dan hari2 indahnya di mahligai Putrajaya kelihatan amat terhad. Jika 8 tahun lalu Anwar mendapat petanda awal konspirasi menggulingkannya dgn kemunculan buku "50 Dalil", kali ini Najib berbeza kerana dia tidak tahu apakah pemangkin yg akan memulakan penggolekannya.

Khairy tidak menafikan yg dia mahu menjadi PM suatu masa nanti, dan memang terdapat banyak tanda2 awal yg menunjukkan yg ianya boleh berlaku. Tapi congakan hendaklah realistik & menjadi. Terdapat deretan yg cukup panjang utk ke takhta di persada Kerajaan dan jumlah org yg beratur ini mestilah dipendekkan. Jika benar Mustapa Mohamed, ketua Umno Kelantan, naik, memang dijangka yg dia akan menarik Khairy ke atas bersamanya. Turutan warisan pemerintahan selepas PakLah adalah mudah dan jelas; Mustapa, TPM selepas ini, dan Khairy, Ketua Pemuda selepas ini. Hishamuddin Hussein perlu naik ke Naib Presiden utk membuka jalan kepada Khairy. Tapi ini hanya boleh berlaku jika Najib dan kesemua muka2 "baru" diketepikan supaya panyandang2 yg lebih tua akan dapat meneruskan jawatan mereka. Kerana hanya dgn cara itulah, Khairy, Hishamuddin dan geng mereka, akan bersedia untuk naik ke atas, kerana generasi yg lebih tua akan tiba masa utk bersara dan akan mengundur diri dgn "rela".

Jadi, bagaimanakah nak memuatkan Anwar? Dan kenapakah Khairy pergi bertemu Anwar? Dan kenapakah Anwar diberi publisiti "yg tidak sepatutnya"? Ini yg membakar punggong Najib. Apakah Anwar akan memainkan peranan dalam perwarisan takhta selepas PakLah ini? Pengaruh Anwar dalam Umno memang kuat, malah dipersetujui ramai berkemungkinan besar lebih kuat dari era pra-Reformasi.

Hakikatnya, ramai org kuat Umno yg pro-Anwar telah mengambil kesempatan ke Jerman utk berjumpa Anwar "di luar kacamata rakyat Malaysia" dan masih ada yg sedang atau telah menempah pernebangan mereka, dan hanya menanti saat utk ke sana. Terpaksa di akui yang puak pro-Anwar akan memainkan peranan penting dalam menentukan turutan warisan takhta. Dan bagaimana pula jika memang telah tersurat dari dulu yg Khairy adalah bahan utama dalam rencah turutan warisan takhta itu?

Itulah sebabnya Najib tidak akan memandang ringan hal ini. Najib memang telah mula menyasarkan Khairy dan dia benar2 berharap yg ketua2 Umno negeri akan berada di belakangnya dalam konfrontasinya menentang PakLah. Najib sedar dia tak mungkin berdaya berlaga kepala dengan PakLah. Itu akan hanya mengorek liang lahatnya sendiri! Dia juga sedar yang dia tidak perlu beradu dgn Presiden partinya. Apa yg perlu dilakukannya hanyalah berdepan dgn menantu PM dan pastikan yg org muda itu terkeluar dari saingan. Itu dah cukup untuk memastikan dirinya menjadi bakal #1.

Najib juga sdg mengaturkan satu "pergerakan" untuk mencadangkan satu resolusi di mesyuarat MT Umno yg akan dtg pada 14 September 2004, yg menghalang Anwar dari menyertai semula Umno. Walaupun Anwar tidak pernah "keluar" dari Umno, Anwar juga tidak pernah berkata yang dia mahu menyertai Umno semula. Hakikatnya, dia menyatakan yg sebaliknya; bahawa agenda Reformasinya adalah yg terutama dalam senarai perjuangannya. Pun begitu Najib tidak berani mengambil risiko itu.

Bagaimana kalau strategi Khairy adalah untuk menarik Anwar dan ratusan ribu golongan pengikutnya kembali ke Umno? Bagaimana kalau benar ada "perjanjian sulit" antara mereka (seperti yg disyaki ramai) supaya, Anwar mengambil alih dari PakLah manakala Anwar memilih Khairy sebagai TPMnya? Terdapat hampir jarak umur 30-tahun antara Anwar dan Khairy. Anwar akan terpaksa bersara agak lama sebelum Khairy dilihat bersedia untuk mengambil alih. Memiliki Anwar sebagai PM "sementara" dan role-model serta pembimbing adalah amat baik dan sesuai untuk Khairy, tapi hanyalah sekiranya Najib tersisih dari senario.

Hmm… jadi... siapakah yg mengejutkan anjing yg sedang lena? Siapa yg menjolok sarang tebuan? Khairy atau Najib? Salah seorang akan menjadi mangsa dan akan merasa sengat & bisanya. Khairy mungkin jauh lebih muda tapi dia bukanlah tak berpengelaman. Dia telah pun membuktikan kelicikan politiknya apabila mengetuai kemenangan paling bergaya BN dalam pilihanraya umum yg baru lepas.

Dalam pertempuran silat berkeris, hanya seorang yg berlalu pergi dalam kemenangan. Yang tewas selalunya dikuburkan. Sama seperti dalam laga ayam. Yg tewas dibuat lauk. Ada sesiapa berani bertaruh?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home