Boy Shoots!...

Boy menembak orang?... or Boy tembak ngan mulut laser?... or Boy shooting?... or Boy nak score?... or Boy pancut?

Name:
Location: PJ, Selangor, Malaysia

if u got d money, i've got ways to invest it & make more money! besides that... i'm just a concept creator, part-time actor, TV/movie director & screenwriter. as a hobby & community service, i used to own, manage & coach my own football team, generally for underaged boys.


"With great power, comes great responsibility. Its my curse, its my gift."

"No matter what I do, no matter how hard I try: The ones I love, will always be the ones who pay."

"Human beings are created to stand many things, but being lonely certainly isn't one of them."



Ah Long Bukit Beruntung


View more video clips at Yashi


Tuesday, October 26, 2004

Yaa-Siin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya s eperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
15. Sesiapa yang menerima mesej ini tolong copy & forwardkan kepada teman seagama yang lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home